Latar belakang Kebangkitan_mahasiswa_Malaysia_1971-1975

Kerajaan Malaysia memperkenalkan pelbagai dasar bagi mengekang Peristiwa 13 Mei. Rukunegara diperkenalkan pada tahun 1971. Universiti Kebangsaan Malaysia dibina di Bandar Baru Bangi dan telah dibuka pintunya pada 18 Mei 1970. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal bagi menyatukan semua kaum. Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan pada 1970 bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi. Parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan setuju digabungkan dalam parti kerajaan yang dkenali sebagai Barisan Nasional. Suara rakyat marhaen tidak lagi disuarakan oleh pemimpin politik, tetapi disuarakan oleh pemimpin mahasiswa.[perlu rujukan]

Selepas pilihan raya Malaysia 1974, kemerosotan ekonomi telah menyebabkan harga barang meningkat manakala harga getah menurun. Pada ketika itu juga telah muncul beberapa laporan berita mengenai kemelaratan kehidupan rakyat Kedah sehingga ada yang terpaksa memakan ubi gadung yang beracun lantaran kebuluran. Namun, laporan ini telah dinafikan oleh pihak kerajaan.[3]

Kebangkitan mahasiswa dipelopori oleh mahasiswa Universiti Malaya di Bangsar dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam. Mahasiswa semakin meradang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal untuk mengekang mahasiswa dengan niat agar pelajar belajar sahaja di bilik kuliah.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Kebangkitan_mahasiswa_Malaysia_1971-1975 //scholar.google.com/scholar?q=%22Kebangkitan+maha... //www.google.com/search?&q=%22Kebangkitan+mahasisw... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Keban... //www.google.com/search?q=%22Kebangkitan+mahasiswa... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Kebangkitan... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/rencana/tiada-kematian-ak... http://web.archive.org/web/20101026114012/http://w... http://web.archive.org/web/20180303173459/http://w...